Friday, 16 September 2016

Rindu Kerana Allah


Rindu Sahabat Sma Mahmudiah 

# Batch 1998



> Tiada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabatnya dan tiada kesedihan yang menyamai perpisahan dengannya…

 ' Moga persahabatan yang dibina dengan BISMILLAH ini hanya berakhir dengan INNALILLAH...” 

Persahabatan atau ukhuwah itu umpama seuntai tasbih. Ada permulaannya, namun tiada penghujungnya. Ukhuwah dicipta untuk mengingati-Nya, Berbahagia untuk meraih cinta-Nya dan ukhuwah juga sentiasa dijaga serta dipelihara agar tidak tersasar daripada landasan keredhaan-Nya. Bila seseorang rindu dengan sahabatnya. Berdoalah kepada-Nya. Semoga Allah menyampaikan perasaan rindu itu kepada sahabat yang dirindui. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; 
“ Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (HR Muslim)  

Saya terharu dan tersentuh mendengarkan dan mengahayati bait lirik lagu Sigma yang berjudul ‘Senandung Ukhuwah’. Lagu ini kudedikasikan buat sahabatku . Semoga ukhuwah yang terbina membawa kami ke syurga-Nya. Semoga Allah redha perasaan rindu ini. Terima dan hayatilah bait-bait ayat lagu ini.
Senandung Ukhuwah (Sigma) 

Di awal kita bersua Mencuba untuk saling memahami Keping-keping di hati   
Terajut dengan indah Rasakan persaudaraan kita
Dan masa pun silih berganti Ukhuwah dan amanah tertunaikan 
Berpeluk suka dan duka Kita jalani semua
Semata-mata harapkan redha-Nya 
Sahabat tibalah masanya Bersua pasti ada berpisah 
Bila nanti kita jauh berpisah Jadikan rabithah pengikatnya
Jadikan doa ekspresi rindu
Semoga kita bersua di syurga 
Sahabat,aku merinduimu kerana Allah.
Semoga hijrah ini dapat mentarbiyah hati nurani kita untuk semakin cinta kepada-Nya
Kita bertemu dan berpisah kerana-Nya.
Sungguh Allah mencintai orang-orang yang beriman dan saling menyayangi kerana-Nya.
Hanya doa sebagai pengubat rindu agar ukhuwah kita terus subur dengan benih-benih keimanan dan ketakwaan kepada Sang Pencipta kita iaitu Allah SWT. Tuhan Yang Maha Esa. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud; “Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Surah Az-Zukhruf 43:67) 

Hanya kerinduan kerana-Nya yang mampu menyebabkan hati sahabat kita juga merindui kita kerana-Nya.

No comments:

Post a Comment